1. LATAR
BELAKANG SEKOLAH
1.1 SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini
diberi nama sempena Kampung Batang Kali. Sebelumnya ia merupakan sekolah rakyat
yang dibina pada tahun 1918. Bangunan asalnya yang dibuat daripada kayu
terletak kira-kira 250 meter dari bangunan sekarang.. Atapnya dibuat daripada
daun bertam dan berlantaikan tanah. Pada awal pembukaannya, muridnya hanyalah
seramai 38 orang. Sekolah ini dibina secara gotong royong oleh penduduk Kampung
Batang Kali.
Pada tahun 1925, Sekolah ini telah berpindah ke tapak
baru yang ada sekarang. Kesemua bangunan yang dibina pada tahun 20-an merupakan
bangunan kayu. Sekolah Kebangsaan Batang Kali mendapat bangunan batu pada tahun
1985. Bangunan baru ini bernilai RM1.4 juta. Ia di perolehi atas desakan PIBG
yang bernaung di bawah Dato’ Mohammad bin Haji Mohammad Taib, Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Kawasan Batang Kali pada
waktu itu.
Kedudukannya betul-betul di hadapan jalan utama masuk
dari simpang Batang Kali. Di hadapannya adalah Sekolah Rendah Agama Batang
Kali, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor dan berdekatan Sekolah Kebangsaan
Bandar Baru Batang Kali. Terletak kira-kira 500 meter dari Pekan Batang Kali,
merupakan salah sebuah sekolah awal di Batang Kali ini.
1.2 VISI
DAN MISI
VISI : SEKOLAH KEBANGSAAN
BATANG KALI
MELAHIRKAN
WARGA SK BATANG KALI YANG BERIMAN, BERDISIPLIN, KRITIS DAN KREATIF DALAM MENGUASAI PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN
MISI: SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG KALI
MELAKSANAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TERANCANG, BERKESAN DAN BERKUALITI SERTA MENBANGUNKAN DAN MENGEMBANGKAN POTENSI WARGA SK BATANG KALI KE TAHAP OPTIMUM
1.3 OBJEKTIF SEKOLAH
- Membimbing dan memastikan muri-murid mengusai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira;
- Melaksana dan memastikan sistem pengurusan yang berkualiti agar dapat memenuhi kehendak pelanggan pada setiap masa;
- Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan diri melalui proses latihan yang berterusan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan;
- Memupuk sikap sentiasa berfikiran positif ke arah kecemerlangan akademik.
1.4 PIAGAM PELANGGAN
- BERSEDIA MENDENGAR DAN MEMBANTU IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID YANG BERMASALAH;
- EFEKTIF, KREATIF DAN INOVATIF SEWAKTU BERTUGAS;
- MERANGKA RANCANGAN SELARAS DENGAN ASPIRASI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI SASARAN KERJA TAHUNAN;
- WAKTU KERJA TEPAT DAN CEPAT;
- AKRAB JUJUR DAN IKHLAS;
- WAWASAN TIADA KECATATAN (ZERO DEFECT) DALAM SEMUA ASPEK;
- AMAL DAN IBADAH TERAS PANDUAN KERJA;
- TEKAD KE ARAH KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA KHASNYA MURID-MURID.
1.5 LAGU SEKOLAH
SKBK BERJAYA
INILAH
SEKOLAH KAMI,
SEKOLAH
KEBANGSAAN BATANG KALI,
KAMI
JUNJUNGI SETIAP HARI
CARI
ILMU, JATI DIRI
GEMILANG
SEKOLAH KITA,
TERJULANG
NAMANYA SEKIAN LAMA,
BERGERAK
MAJU MENEMPUH WAKTU,
BERJAYALAH
S.K.B.K,
GIGIH
BERUSAHA TEKUN TIMBA ILMU,
CEKAL
HADAPI CABARAN,
DEDIKASI
KITA ATASI SEGALA ,
DI
SINI KITA BERDIRI,
BERIKRAR
PENUHI SEGALA JANJI,
WAWASAN
DIRI MESTI DIPASTI,
ILMU
SULUH HIDUP KITA.
¨
No comments:
Post a Comment