TARIKH: 19 JANUARI 2018
MASA: 8,00 PAGI
Wednesday, January 24, 2018
Monday, January 8, 2018
Cikgu Hijau: Tugas - Tugas Guru Pemulihan Khas
Cikgu Hijau: Tugas - Tugas Guru Pemulihan Khas: Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas: Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas Merancang dan melaksanakan program pemu...
Wednesday, August 17, 2016
Cikgu Hijau: Punca - Punca Murid Lemah Mengeja
Cikgu Hijau: Punca - Punca Murid Lemah Mengeja: Artikel yang saya tulis ini saya dapat melalui pembacaan. Buku tersebut bertajuk Kaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan ...
Thursday, August 4, 2016
Cikgu Hijau: All Children Are Special
Cikgu Hijau: All Children Are Special: Agak lama juga saya tidak posting apa-apa entry di blog ini. Semacam tiada idea dan kekurangan masa walhal sehari tetap juga 24 jam. ...
Sunday, June 26, 2016
25 jenis Kad Perkataan / Ayat
Terdapat sekurang-kurangnya 25 jenis kad perkataan dan kad ayat yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu belajar semasa proses PdP berlangsung.
Jenis-jenis kad perkataan/ayat |
1. kad pusing
2. kad gantung
3. kad lekat / kad tampal
4. kad kalendar
5. kad jambangan
6. kad album
7. kad sisip
8. kad selit
9. kad 'pop-up'
10. kad lipat
11. kad siri (gambar, abjad, dll)
12. kad cerita
13. kad gelung kata
14. kad cantum
15. kad gabung / suai
16. kad wayang
17. kad terowong
18. kad sorong
19. kad letak
20. kad toing-toing
21. kad tingkap
22. kad poket
23. kad juntai
24. kad tarik
25. kad malas
kad pop-up |
kad terowong |
kad poket |
gelung kata |
Hasil 'ternakan' bengkel |
Email This
Thursday, October 15, 2015
Buku Pengoperasian Program LINUS2.0 Edisi 2015 (Terkini)
Buku Pengoperasian Program LINUS2.0 Edisi 2015 (Terkini)
Buku Pengoperasian Program LINUS pertama kali dicetak pada 2011. Untuk muat turun Buku Pengoperasian program LINUS2.0 cetakan 2015, sila klik DI SINI.
Muka depan Buku Pengoperasian LINUS2.0 |
Isi kandungan buku |
KPI LINUS2.0 |
Konstruk Literasi BM |
Konstruk Literasi BI |
Konstruk Numerasi |
Peranan Guru LINUS |
Peranan Guru Pemulihan |
Sunday, August 9, 2015
Definisi
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalamiMasalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-
- Kebolehan Kognitif
- Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
- Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
- Keupayaan Membaca
- Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
- Kemahiran Matematik
Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti;
- Sindrom Down
- Autisme
- Hiperaktif -ADHD
- Terencat akal minima
- Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
- Kurang upaya dalam pembelajaran khusus contohnya disleksia.
Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;
- Lembam ( akibat kecacatan otak)
- Autistik
- Dowm Sindrom
- Terencat Akal Ringan
- Terencat Akal Sederhana
- Hiper Aktif
- Hipo Aktif
- Cerebral Palsy
- Emosi / Tingkah Laku
- Pertuturan
- Epilepsi
- Pelbagai Kecacatan
Sindrom Down
Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD)
Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.
Disleksia
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik
Subscribe to:
Posts (Atom)