Tuesday, September 23, 2014

Senarai Semak Ciri dan Kelakuan Pengidap Disleksia

Most dyslexics will exhibit about 10 of the following traits and behaviors. These characteristics can vary from day-to-day or minute-to-minute. The most consistent thing about dyslexics is their inconsistency.

General 
  • Appears bright, highly intelligent, and articulate but unable to read, write, or spell at grade level. 
  • Labelled lazy, dumb, careless, immature, "not trying hard enough," or "behavior problem." 
  • High in IQ, yet may not test well academically; tests well orally, but not written. (IQ tinggi tetapi prestasi akademik rendah, kemahiran lisan lebih baik berbanding penulisan)
  • Feels dumb; has poor self-esteem; hides or covers up weaknesses with ingenious compensatory strategies; easily frustrated and emotional about school reading or testing. 
  • Talented in art, drama, music, sports, mechanics, story-telling, sales, business, designing, building, or engineering.
  • Seems to "Zone out" or daydream often; gets lost easily or loses track of time.
  • Difficulty sustaining attention; seems "hyper" or "daydreamer."
  • Learns best through hands-on experience, demonstrations, experimentation, observation, and visual aids.

Vision, Reading, and Spelling

  • Complains of dizziness, headaches or stomach aches while reading.
  • Confused by letters, numbers, words, sequences, or verbal explanations.
  • Reading or writing shows repetitions, additions, transpositions, omissions, substitutions, and reversals in letters, numbers and/or words.
  • Complains of feeling or seeing non-existent movement while reading, writing, or copying.
  • Seems to have difficulty with vision, yet eye exams don't reveal a problem.
  • Extremely keen sighted and observant, or lacks depth perception and peripheral vision.
  • Reads and rereads with little comprehension.
  • Spells phonetically and inconsistently.

Hearing and Speech

  • Has extended hearing; hears things not said or apparent to others; easily distracted by sounds.
  • Difficulty putting thoughts into words; speaks in halting phrases; leaves sentences incomplete; stutters under stress; mispronounces long words, or transposes phrases, words, and syllables when speaking.

Writing and Motor Skills

  • Trouble with writing or copying; pencil grip is unusual; handwriting varies or is illegible.
  • Clumsy, uncoordinated, poor at ball or team sports; difficulties with fine and/or gross motor skills and tasks; prone to motion-sickness.
  • Can be ambidextrous, and often confuses left/right, over/under.

Math and Time Management

  • Has difficulty telling time, managing time, learning sequenced information or tasks, or being on time.
  • Computing math shows dependence on finger counting and other tricks; knows answers, but can't do it on paper.
  • Can count, but has difficulty counting objects and dealing with money.
  • Can do arithmetic, but fails word problems; cannot grasp algebra or higher math.

Memory and Cognition

  • Excellent long-term memory for experiences, locations, and faces.
  • Poor memory for sequences, facts and information that has not been experienced.
  • Thinks primarily with images and feeling, not sounds or words (little internal dialogue).

Behavior, Health, Development and Personality

  • Extremely disorderly or compulsively orderly.
  • Can be class clown, trouble-maker, or too quiet.
  • Had unusually early or late developmental stages (talking, crawling, walking, tying shoes).
  • Prone to ear infections; sensitive to foods, additives, and chemical products.
  • Can be an extra deep or light sleeper; bedwetting beyond appropriate age.
  • Unusually high or low tolerance for pain.
  • Strong sense of justice; emotionally sensitive; strives for perfection.
  • Mistakes and symptoms increase dramatically with confusion, time pressure, emotional stress, or poor health.

Monday, July 21, 2014

LAWATAN MESRA PEGAWAI FASILINUS PPD HULU SELANGOR

Lawatan dilaksanakan oleh En. Kamarul & En. Azhari

Pegawai Fasilinus berbincang dengan Puan Megawati (Penyelaras LINUS)

En. Kamarul melaksanakan saringan literasi kepada murid tahun 3 Tekun

Thursday, May 8, 2014

Apa itu Lesson Study?

Lesson Study berasal dari bahasa Jepun, “jugyokenkyu” yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jugyo’ bermaksud pelajaran, dan ‘kenkyu’ yang bererti pengkajian. Lesson Study yang telah mula bertapak di Jepun pada tahun 1960an merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pelajaran. 



Ia merupakan satu program pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan. 

Melalui kegiatan Lesson Study, guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya dapat memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran pelajar.

Bagaimana Berkembangnya Lesson Study? 

Kajian VideoTIMSS (1995) melibatkan tiga buah negara: Amerika Syarikat, Germany dan Jepun mendapati pengajaran dan pembelajaran matematik di Jepun amat berkualiti. Berdasarkan Kajian Video TIMSS 1995: “Lesson Study telah banyak menyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran guru dalam bilik darjah”

Bermula tahun 2000, terdapat minat dan perhatian dalam kalangan penyelidik dan pendidik terhadap Lesson Study sebagai suatu amalan perkembangan profesional guru yang berkesan.



Dalam tempoh tiga tahun, kumpulan Lesson Study (Lesson Study Groups) telah mula dan berkembang di 200 sekolah dalam 25 negeri di Amerika Syarikat. JICA (Japan International Cooperation Agency) telah menaja dan memperkenalkan Lesson Study kepada negara-negara Afrika dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah menaja projek “Innovations of Mathematics Education through Lesson Study” dalam kalangan 21 negara APEC sejak 2006. 

Perkembangan Lesson Study di Malaysia
Di Malaysia, Lesson Study bermula sebagai kajian penyelidikan di peringkat Sarjana /PhD pada tahun 2004. Agak lambat jika dibandingkan dengan beberapa negara lain sekitar kita seperti Thailand dan Singapura.


Ada empat ciri utama Lesson Study iaitu; 
(i) Lesson Study ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan jangka panjang,
(ii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran murid 
(iii) Lesson Study secara langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran dalam konteks 
(iv) Lesson Study bersifat kolaboratif

contoh video lesson study..klik lesson study


Sunday, March 16, 2014

Perbezaan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas

Seringkali guru-guru asas keliru membezakan di antara Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Salah tanggapan ini kadang kala menyebabkan murid-murid di salah label.

Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka. 

Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas, mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai sifar dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang lebih kurang sama dengan Pemulihan Khas.  

Murid Pemulihan Khas

Yang nyata, murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka. Murid pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain.


Murid pendidikan Khas
Murid pendidikan khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan diberikan elaun. Murid- murid ini belajar sepenuh masa di kelas pendidikan khas.



Program Pemulihan Khas

Program Pemulihan Khas secara definisinya adalah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak murid yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, di antara faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khasmengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya masalah tidak menjadi kronik dan berterusan sehingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.

Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberikan pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.


Objektif Program Pemulihan Khas

Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
· Menguasai kemahiran asas 3 M
· Meneruskan pembelajaran dikelas biasa
· Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
·  Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan     mereka.

Pendidikan Khas

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa." (Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999) 

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri.

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

Kanak-kanak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya. 


Sekolah Khas


"
Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"(Bahagian 1, Akta Pelajaran 1961)

Thursday, March 6, 2014

Sunday, January 5, 2014



Tahniah SKBK.. EN. Mohamad Akhwan telah melancarkan Program Amalan Guru Penyayang.Diharapkan semua warga SKBK akan menjayakan program yang murni ini...