Perbezaan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas
Seringkali guru-guru asas keliru
membezakan di antara Pemulihan Khas dan Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran. Salah tanggapan ini kadang kala
menyebabkan murid-murid di salah label.
Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka.
Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka.
Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas, mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai sifar dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang lebih kurang sama dengan Pemulihan Khas.
Murid Pemulihan Khas
Yang nyata, murid pemulihan khas ialah murid normal yang
menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira (3M). Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M
berbanding rakan sebaya mereka. Murid pemulihan khas akan datang ke kelas
pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja
dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain.
Murid pendidikan Khas
Murid pendidikan khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat
pengesahan daripada doktor dan diberikan elaun. Murid- murid ini belajar
sepenuh masa di kelas pendidikan khas.
Program Pemulihan Khas
Program Pemulihan Khas secara definisinya adalah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak murid yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, di antara faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khasmengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya masalah tidak menjadi kronik dan berterusan sehingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.
Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberikan pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
Objektif Program
Pemulihan Khas
Setelah mengikuti program ini dalam
masa yang ditentukan murid boleh :
· Menguasai kemahiran
asas 3 M
· Meneruskan
pembelajaran dikelas biasa
· Menambah sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
· Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk
meluahkan perasaan mereka.
Pendidikan Khas
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa." (Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri.
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Kanak-kanak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.
Sekolah Khas
"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"(Bahagian 1, Akta Pelajaran 1961)