Lesson Study berasal dari bahasa
Jepun, “jugyokenkyu” yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jugyo’
bermaksud pelajaran, dan ‘kenkyu’ yang bererti pengkajian. Lesson Study yang
telah mula bertapak di Jepun pada tahun 1960an merupakan penelitian atau
pengkajian terhadap pelajaran.
Ia merupakan satu program
pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara
konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi
diri individu guru dan anggota kumpulan.
Melalui kegiatan Lesson Study,
guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara
kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya dapat
memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran pelajar.
Bagaimana
Berkembangnya Lesson Study?
Kajian
VideoTIMSS (1995) melibatkan tiga buah negara: Amerika Syarikat, Germany dan
Jepun mendapati pengajaran dan pembelajaran matematik di Jepun amat berkualiti.
Berdasarkan Kajian Video TIMSS 1995: “Lesson Study telah banyak
menyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran guru dalam bilik darjah”
Bermula tahun 2000, terdapat minat
dan perhatian dalam kalangan penyelidik dan pendidik terhadap Lesson
Study sebagai suatu amalan perkembangan profesional guru yang berkesan.
Dalam tempoh
tiga tahun, kumpulan Lesson Study (Lesson Study Groups) telah
mula dan berkembang di 200 sekolah dalam 25 negeri di Amerika Syarikat. JICA
(Japan International Cooperation Agency) telah menaja dan memperkenalkan Lesson
Study kepada negara-negara Afrika dalam usaha meningkatkan sistem
pendidikan. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah menaja projek
“Innovations of Mathematics Education through Lesson Study” dalam kalangan 21
negara APEC sejak 2006.
Perkembangan
Lesson Study di Malaysia
Di Malaysia,
Lesson Study bermula sebagai kajian penyelidikan di peringkat Sarjana /PhD pada
tahun 2004. Agak lambat jika dibandingkan dengan beberapa negara lain sekitar
kita seperti Thailand dan Singapura.
Ada empat ciri
utama Lesson Study iaitu;
(i) Lesson
Study ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan jangka
panjang,
(ii) Lesson Study berfokus
kepada pembelajaran murid
(iii) Lesson Study secara
langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran dalam konteks